Wednesday 14 September 2011

tidur , tidur dan tidur *terbaik untuk kesihatankan*

oke disini nad ingin menceriritakan tentang tidur terbaik 
untk kesihatan , haa hari ni mmang best 
nk tau kenapa ?

paling lama aku tidur . disebabkan hujan 
wah (!) Alhamdulillah Rahmat
Tuhan kan .

SHOO ! kita tidak boleh dipersalahkan lah , 
aku mula tidur pd pukul 5 pagi 
hingga lah sekarang 
pukul 6ptg bru bngun##
ish terukk kan!hihi
disini ! nadd nak kongsi tips tentang
tidur yg terbaik untuk kesihatan**

Jangan pandang mudah pada keperluan tidur. Kadang-kadang orang salah anggap, tidur hanya membuang masa. Biar tidak cukup tidur asalkan masa terisi dengan kerja-kerja yang bertimbun. Hakikatnya selagi kita bekerja, kerja memang takkan habis. Setiap hari, pasti ada saja kerja yang perlu dilakukan.

Jika anda tergolong dalam golongan yang lebih senang mengabaikan waktu tidur untuk menyiapkan kerja, mulai dari hari ini buanglah tabiat tersebut. Memang baik jika kita focus pada kerja tapi biarlah berpada-pada. Masa tidur juga penting. Ini kerana, ketika tidurlah tubuh kita bekerja keras membaiki sel-sel dan jaringan tubuh yang rosak.

Otak juga sibuk mengisi ruang memori dengan berbagai-bagai hal yang telah anda alami dan pelajari sepanjang hari tersebut. Tetapi, tidur yang dimaksudkan ini tentulah tidur yang berkualiti. Tidur memberi manfaat pada organ-organ vital manusia seperti kulit, mata, otak, paru-paru dan jantung.
Kulit
Sepanjang waktu tidur, tubuh mengeluarkan hormon pertumbuhan manusia (human growth hormone) dan melatonin. Fungsi kedua-dua hormon ini berkait rapat dengan kecantikan dan kesihatan. Antaranya adalah untuk memperbaiki sel-sel tubuh, mencegah penuaan dan mengembalikan keremajaan kulit yang semakin haus. Kalau tidak percaya, bezakan kulit mereka yang sering tidak cukup tidur dan yang cukup tidur. Biasanya orang yang cukup tidur mempunyai kulit yang lebih bermaya, sihat dan segar berbanding mereka yang tidak cukup tidur kelihatan lebih tua dari usia dari usia dan lesu sahaja.

Mata
Mata merupakan organ pertama manusia untuk memulakan hari. Celik sahaja mata di awal pagi, cahaya terang yang masuk menerusi anak mata akan membersignal pada tubuh untuk memulakan aktiviti dan rutin seharian.

Menggunakan organ ini seharian, membuatkan otot-otot di sekitar mata tertarik-tarik ribuan kali mengikut ekspresi wajah sama ada sedih, gembira, senyum, masam dan sebagainya. Itulah sebabnya, di sekitar mata lebih mudah dikesan kerutan-kerutan atau garis-garis halus menandakan bermulanya tanda penuaan.

Untuk mengelakkan mata anda ‘dihiasi’ garis-garis halus ini, berilah peluang pada mata anda untuk berehat secukupnya. Hanya melalui tidur, mata anda dapat berehat dengan baik.

Otak
Ketika kita tidur, beberapa bahagian tertentu dari otak akan bekerja dengan lambat. Ini kerana, metabolisme glukosa juga berkurang dan lambat. Namun, di bahagian tertentu, ada beberapa organ yang bekerja dengan aktif seperti, hormon-hormon yang ada di dalam otak. Hormon-hormon ini bekerja dan menyebabkan otak diperbaiki. Hormon kortisol, iaitu hormon di bahagian otak yang berhubung dengan stres dan mood, bekerja sangat aktif dari malam hingga ke pagi hari.

Tidur juga memberi peluang pada serebral korteks untuk memperbaiki fungsinya. Serebral korteks adalah bahagian dari otak yang digunakan untuk tugas-tugas menyimpan memori, visual atau membayangkan hal-hal yang sudah dilakukan sebelum tidur. Jadi, biasakan diri bangun di awal pagi untuk memudahkan kita berfikir dan menyelesaikan masalah kerana di awal pagi otak kita masih segar dan aktif untuk bekerja.

The National Sleep Foundation di Amerika Syarikat telah menemui fakta jika seseorang kurang tidur selama satu atau dua jam setiap hari, lama kelamaan fungsi otak akan rosak. Ubat mujarab untuk mengelakkan hal demikian berlaku hanya satu sahaja, iaitu tidur.

Paru-paru
Baik dalam keadaan jaga mahupun tidur, udara akan masuk ke dalam tubuh melalui mulut dan hidung, melalui saluran pernafasan dan akhir sekali ke paru-paru. Bila udara mengalir dengan baik ke paru-paru, fungsi organ ini akan terjaga dengan sempurnanya.
Menurut Dr. Olga Parra, dari University Hospital Barcelona, Sepanyol, kesukaran tidur boleh menimbulkan risiko strok. Penyebabnya, adalah gangguan berkala ketika mengambil nafas. Ternyata gangguan tidur merupakan gangguan pernafasan selama tidur kerana terhalangnya aliran udara yang masuk ke dalam paru-paru.

Untuk kekalkan kesihatan paru-paru anda, lakukan aktiviti apa pun agar tubuh yang aktif bergerak akan mencapai puncak kelelahan pada malam hari, sehingga waktu tidur lebih nyaman dan berkualiti. Masalah gangguan pernafasan sekali gus dapat diatasi.

Jantung
Jantung adalah organ vital yang tidak pernah berhenti berfungsi 24 jam sehari walaupun dalam keadaan tubuh berehat ketika tidur. Cuma ketika tidur tubuh akan melambatkan degup jantung secara automatik. Ketika itu pembuluh-pembuluh darah akan mengembang dan menurunkan tekanan darah.

Biasanya, tekanan darah akan turun di sekitar jam dua tiga pagi. Menurut pakar, biasanya serangan jantung boleh berlaku sekitar enam jam pertama setelah bangun pagi disebabkan oleh perubahan hormon yang berhubungan dengan degup jantung.

Tidur yang cukup akan memperbaiki mood tubuh pada hari berikutnya. Kajian menunjukkan apabila seseorang kurang tidur, tekanan darahnya akan naik dan dalam masa yang sama moodnya juga tidak berada dalam keadaan yang baik. Begitu juga dengan denyutan jantungnya. Tetapi, setelah mendapat tidur yang cukup, secara automatik semuanya kembali dalam keadaan yang normal.
***THANKS**